Tuesday, March 22, 2011

....BiCaRa cInTA...




Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita di kerongkong. itu bukan cinta, itu SUKA..

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? itu bukan cinta, itu NAFSU

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada disana? itu bukan cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? itu bukan cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan yang kita mencintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuatkan hati kita terpikat? itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi padanya? itu bukan cinta, itu PERSAHABATAN

Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? itu bukan cinta, itu DUSTA

Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI

Tetapi....adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan ada kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya......menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA

Adakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kita tertarik dengan orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan? jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kita menengis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?  ITULAH CINTA

                     ..........adakah kita benar2 menyintainya.....RENUNG2 KAN....HUHUHU.........

                                                                    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.